Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham ( Ibnu Haithan 0
Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu All
Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham, atau dalam kalangan cerdik pandai di Barat,
beliau dikenal dengan nama Alhazen, adalah seorang ilmuwan Islam yang ahli
dalam bidang sains, falak, matematika, geometri, pengobatan, dan filsafat.
Beliau banyak pula melakukan penyelidikan mengenai cahaya, dan telah memberikan
ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler dalam
menciptakan mikroskop serta teleskop..
Masa ilmuwan-ilmuwan Islam
Islam sering kali diberikan gambaran
sebagai agama yang mundur dan memundurkan.Islam juga dikatakan tidak
menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai lapangan ilmu. Kenyataan
dan gambaran yang diberikan itu bukan saja tidak benar tetapi bertentangan
dengan hakikat sejarah yang sebenarnya.
Sejarah telah membuktikan betapa dunia
Islam telah melahirkan banyak golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat
dalam bidang falsafah, sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama,
pengobatan, dan sebagainya. Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para
tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekedar dapat menguasai ilmu tersebut
pada usia yang muda, tetapi dalam masa yang singkat dapat menguasai beberapa
bidang ilmu secara bersamaan.
Walaupun tokoh itu lebih dikenali dalam
bidang sains dan pengobatan tetapi dia juga memiliki kemahiran yang tinggi
dalam bidang agama, falsafah, dan sebagainya. Salah seorang daripada tokoh
tersebut ialah Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan
ibnu al-Haitham.
Perjalanan hidup
Dalam kalangan cerdik pandai di Barat,
beliau dikenali dengan nama Alhazen. Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah pada
tahun 354H bersamaan dengan 965 Masehi. Beliau memulai pendidikan awalnya di
Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya.
Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau
mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah
melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan. Kecintaannya
kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir. Selama di sana beliau telah
mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan
saliran Sungai Nil serta menyalin buku-buku mengenai matematika dan falak.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan uang cadangan dalam menempuh perjalanan
menuju Universitas Al-Azhar. Hasil daripada usaha itu, beliau telah menjadi
seorang yang amat mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri,
pengobatan, dan falsafah. Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu
rujukan yang penting dalam bidang pengajian sains di Barat. Malahan kajiannya
mengenai pengobatan mata telah menjadi asas kepada pengajian pengobatan modern
mengenai mata.
Karya dan penelitian
Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar
melakukan penyelidikan. Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham
kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop
serta teleskop. Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan menemui
pelbagai data penting mengenai cahaya. Beberapa buah buku mengenai cahaya yang
ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Light
dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja dan
lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang bayang dan gerhana.
Menurut Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis 19
darjah di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari
berada di garis 19 darjah ufuk barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah
berjaya menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan
cahaya.
Ibnu Haitham juga turut melakukan percubaan
terhadap kaca yang dibakar dan dari situ terhasillah teori lensa pembesar.
Teori itu telah digunakan oleh para saintis di Itali untuk menghasilkan kanta
pembesar yang pertama di dunia.
Filsafat
Selain sains, Ibnu Haitham juga banyak
menulis mengenai falsafah, logik, metafizik, dan persoalan yang berkaitan
dengan keagamaan. Beliau turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap
karya-karya sarjana terdahulu. Penulisan falsafahnya banyak tertumpu kepada
aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi pertikaian. Padanya pertikaian dan
pertelingkahan mengenai sesuatu perkara berpunca daripada pendekatan yang
digunakan dalam mengenalinya. Bagi Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh
dipisahkan daripada matematik, sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan
cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu
menggunakan waktu mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat,
kekuatan fizikal dan mental akan turut mengalami kemerosotan.
Karya
Ibnu Haitham membuktikan pandangannya
apabila beliau begitu ghairah mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia
mudanya. Sehingga kini beliau berjaya menghasilkan banyak buku dan makalah.
Antara buku karyanya termasuk:
1. Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang
mengandungi teori-teori ilmu metametik dan metametik
penganalisaannya;
2. Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai
ilmu geometri;
3. Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah
tentang algebra;
4. Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai
teknik penulisan puisi.
Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains
dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang
yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa
pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini.
Kamera Obscura (dalam bahasa Latin berarti
kamar gelap), pengembangan hasil
penemuan Ibnu Al Haitham yang didasarkan
atas prinsip menangkap pantulan cahaya
dari sebuah benda.
Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi
telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa
memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut
berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka
kemungkinan dunia Eropa masih diselubungi dengan kegelapan.
Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan
landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya
mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam
bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.
Ref
:http://id.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Haitham
http://kolom-biografi.blogspot.com/2009/02/biografi-ibnu-al-haitham.html
dfairytale.wordpress.com
indonesiaindonesia.com
0 Response to "Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham ( Ibnu Haithan 0"
Posting Komentar